Tuesday 13 March 2012

RUN DEVIL RUN


 TAEYEON (GIRLS GENERATION) sebagai Taeyeon

 SEOHYUN (GIRLS GENERATION) sebagai Seohyun

 LEETEUK(SUPER JUNIOR) sebagai Minwoo

 EUNHYUK (SUPER JUNIOR) sebagai AJ

 YURI (GIRLS GENERATION) sebagai Yuri

 SUNNY (GIRLS GENERATION) sebagai Sunny


4 gadis paling popular di Sekolah Tinggi Cheung-do sedang berjalan masuk ke dalam lobi sekolah dengan megah. Seolah-olah ada cahaya kilauan yang bersinar-sinar diwajah mereka, semua pelajar lelaki memandang mereka dengan penuh terpegun. Pelajar perempuan pula berbisik tanda meluat melihat 4 gadis popular dan cantik itu berjalan masuk bagaikan diva.
Kalau kumpulan F4 boleh menjadi popular kerana kekayaan dan ketampanan mereka, empat gadis popular ini pula menggelar diri mereka “F4 Girls”. Mereka berempat, iaitu Sunny, Seohyun, Taeyeon dan ketua mereka yang digelar ‘goddess’ oleh pelajar lelaki ialah Yuri. Diantara 4 gadis itu, Yuri lah yang paling cantik dan amat digilai oleh semua pelajar lelaki di sekolah tinggi.
“kenapa ni?” tanya Minwoo kepada kawan baiknya, apabila melihat kawanan pelajar dihadapan sehingga menyusahkan laluan mereka yang ingin ke perpustakaan. AJ tersengih bagaikan kerang busuk.
“macamlaa kau tak tahu, F4 Girls pakai fesyen sweet candy hari ni. aduhai, comel betul!!” kata AJ gembira, sambil memanjang-manjangkan lehernya mengintai mereka.
Minwoo merengus kecil. “aku ingatkan apalah tadi. Menyusahkan betul lah halang laluan orang macam ni!”
“woi, kau tak perasan ke notis kat papan kenyataan tadi? Yuri nak cari pasangan untuk majlis VIP kat rumah dia nanti! Ini peluang keemasan tau tak! Ingat senang ke nak cari pasangan Yuri?!” kata AJ bersemangat, dia memang meminati Yuri sejak Yuri berpindah ke sekolah ini.  
“ya?” Minwoo pula tidak berminat dengan F4 Girls. Yang dia nampak, hanyalah perempuan yang berjalan dengan bongkak, dikelilingi lelaki bodoh yang memuja mereka. Lebih baik dia melayan The Beatles daripada melayan karenah hipokrit perempuan-perempuan itu.
AJ pula sangat menyukai Yuri. “aku jatuh hati kat dia bila aku tengok dia menari kat kelas tarian. Bila dia menari, rasa macam satu dunia ni dia control. Aku rasa dialah dancing queen aku,” kata AJ, dengan harapan yang sangat indah dan berbunga-bunga.
“yeke dancing queen? Aku rasa queen control adelaa,” sindir Minwoo, sambil tersengih.
AJ memandang Minwoo tajam. “kalau ye pun kau benci kat diorang, support kawan kau ni boleh tak?” katanya marah.
“hehe, relakslaa.. asyik marah aje kau ni..” Minwoo memujuk dengan memaut bahu kawan baiknya itu. AJ memuncungkan mulut, bengang.


“JADI, kau nak pilih siapa jadi pasangan kau malam tu?” tanya Sunny, apabila mereka sedang menuju ke kantin untuk makan tengah hari.
Yuri tersenyum sinis. Semua pelajar sedang memandang kearah mereka, dan itu yang membuatkan Yuri berasa bangga. “tolonglah, at least aku nak Putera Harry yang jadi pasangan aku okey?”
“kalau macam tu, sampai bila-bila laa kau tak ada pasangan,” kata Sunny yang berbunyi lebih kepada sindiran. Serentak, Yuri memandangnya tajam, bagaikan mata pedang yang ingin menikan Sunny kerana kata-katanya tadi.
“aku bukan jenis perempuan yang akan keluar dengan mana-mana lelaki okey. Aku perempuan yang ada kelas!” bentak Yuri, kuat.
Taeyeon memaut lengan Sunny, member isyarat supaya jangan melawan kata-kata Yuri. Lebih baik diamkan sahaja. Angin panas baran Yuri itu memang selalu terkena pada mereka, jadi mereka memang dah lali dengan kata-kata lancang Yuri.
Apabila mereka tiba di kantin, barisan yang menunggu untuk membeli makanan memberi lalupada mereka berempat. Betapa hebatnya menjadi popular. Yuri tersenyum bangga. Segala yang dihajati boleh didapati dengan mudah.
“I nak pudding ni,” kata Yuri  kepada penjaga kantin itu.
“excuse me..” Ada suara lelaki menyampuk. “itu pudding saya. Saya dah bayar dah pun.”
“ohh? Tapi saya nak pudding ni..” Yuri melunakkan suara dan membuat muka comel agar lelaki di hadapannya itu cair, sama seperti lelaki-lelaki lain.
Tetapi, sedikit pun Minwoo tak hairan dengan kecomelan itu. “jadi?”
Yuri tersentak mendengarnya. “jadi kalau aku kata aku nak pudding ke, patutnya kau kena bagi kat aku!”
“macam tu pulak? Sejak bila pulak ada peraturan yang saya kena bagi pudding yang aku beli kepada perempuan yang macam awak ni? apa.. awak ingat awak boleh dapat semua benda?” kata Minwoo pedas.
Mata Yuri membulat. Ini pertama kali seorang lelaki berkata begitu kepadanya! Seohyun terus sahaja menyampuk, apabila melihat Yuri diam.
“tak payah nak cakap macam tu la. setakat pudding  ni, kami boleh beli banyak laa!”
“jadi , belilaa banyak-banyak! Yang awak nak saya punya ni kenapa?” balas Minwoo, betul-betul menyakitkan hati Yuri.
“aku tetap nak pudding tu,” Yuri sengaja mencabar ego lelaki itu.
Minwoo tidak mempedulikan dan menunggu penjaga kantin itu membungkus pudding itu, supaya cepat-cepat dia boleh beredar dari sini. Meluat betul melihat muka mereka ini.
Yuri membentak kasar. “hey! Awak tau tak saya ni siapa?!”
“saya tahu. Awak Yuri..” balas Minwoo selamba.
Penjaga kantin menyerahkan pudding yang telah siao dibungkus itu. kini, kemarahan Yuri makin berganda. Bukan kerana pudding itu, tetapi kerana lelaki itu telah mencabar keegoannya di hadapan kawan-kawannya.  
“kejap, kejap!!!” AJ mencelah diantara ketegangan mereka. “hello!” ucap AJ.
“maaflah kawan saya ni bebal sikit, dia ni selalu kena sawan kalau nak makan tengah hari. Hehe, saya mintak maaf ye…” AJ tersengih sambil menutup mulut Minwoo dengan tapak tangannya. Minwoo membulatkan mata, sawan?!!!
AJ menarik Minwoo berlalu pergi dari situ, menambahkan lagi kegeraman di hati Yuri. Terasa dirinya diperkotak-katikkan oleh lelaki itu. aku Yuri, dan tak ada siapa pernah menolak kehendak aku!! Bentak hati Yuri.
“tak guna!!” tengking Yuri.
“tapi dia cute..” kata Sunny tiba-tiba.
Mereka semua memandang kearah Sunny, terpana. Sunny tersentak, apabila dia terlepas kata hatinya. “tak, tak.. maksud saya kawan dia…”
“hah?”


“HUH, MUKA aje cantik tapi berlagak sangat!!” luah Minwoo, panas hati apabila diherdik oleh Yuri dihadapan semua pelajar yang tidak lepas adegan mereka tadi. AJ menghela nafas panjang.
“pernah ke kau tengok perempuan yang cantik dan kaya .. tapi baik hati dan mulia macam Cinderella tu? sekarang ni tak ada perempuan macam tu. sebab diorang kaya laa, diorang berlagak. Sebab diorang cantik, diorang ingat dunia ni diorang punya,” kata AJ, yang sememangnya tahu sikap F4 Girls yang sangat angkuh dan menganggap merekalah orang yang paling hebat di sekolah.
“dah tau tu, kenapa masih suka lagi kat diorang?” kata Minwoo kasar.
“sebab diorang makin cantik bila berperangai macam tu. Devil Cinderella..hehe,” ujar AJ sambil tergelak geli hati. Makin meluat Minwoo melihatnya.
“menyampah betul aku. Devil Cinderella ke, apa ke, aku tetap nak perempuan tu mintak maaf kat aku, sebab dia yang cari pasal dulu! Aku peduli apa?!”


“YURI! KWON YURI!!” jerit Minwoo lantang sambil melangkah masuk kedalam kelas 4D-1. Semua pelajar didalam kelas terpinga-pinga melihat Minwoo tiba-tiba sahaja terjerit-jerit memanggil nama Yuri.
“hoi, kau nak apa dengan goddess kami ni?!” halang salah seorang pelajar lelaki apabila Minwoo semakin mendekati Yuri dan kawan-kawannya yang kelihatan selamba sahaja.
Yuri tersenyum sinis. “hai, baru sehari dah datang cari aku?”
“hei, saya datang cari awak ni bukan sebab saya tergila-gila kat awak. saya datang sini sebab saya nak awak mintak maaf kat saya pasal semalam!” kata Minwoo.
Semua mata terarah pada drama mereka. Mereka tidak berani masuk campur, hanya memerhati dan mendengar sahaja sambil menanti apa yang akan berlaku seterusnya.
“kenapa pulak aku nak mintak maaf? Kau sendiri yang jatuhkan maruah diri kau sendiri, lepas tu datang kelas orang terjerit-jerit macam orang gila,” kata Yuri, selamba menyebabkan darah Minwoo menggelegak bagaikan larva gunung berapi.
“kenapa?” tanya Yuri apabila melihat wajah Minwoo yang sedang menahan marah, kemudian ketawa sinis. “datang sini ingat nak tunjuk hero lah?”
“aku…” Minwoo mengetap giginya.
Yuri menghadiahkan senyuman sinis, semakin membuatkan hati Minwoo panas, dan rasa hendak meletup. “saya boleh malukan awak, seperti mana awak malukan saya!”
Pantas, dia memegang wajah Yuri dengan kedua-dua tangannya, dan dengan drastik, dia mengucup bibir Yuri.
“ahhh!!” Sunny dan Seohyun menjerit terkejut. Pelajar yang lain juga  ternganga melihat siaran langsung di depan mata mereka. AJ terlopong. Kawan baiknya yang suci itu sedang mengucup seorang perempuan? Yuri pulak tu?!
Yuri melepaskan wajahnya kasar. Matanya bergenangan. “apa ni?!!!”
Yuri mula menangis. Tangisan seorang gadis angkuh itu membuatkan semua orang terkesima, dan kaku tidak bergerak melihatnya. Adakah ini reality? Yuri menekup wajahnya. Sunny mendekati kawannya. “Yuri….”
Tanpa mempedulikan apa-apa lagi, Yuri berlari keluar dari kelas dengan titisan air mata. Melihatkan itu, Minwoo tiba-tioba tersedar dengan perlakuannya. Apa yang aku buat ni? apa yang sedang berlaku?
“wei, apa kau buat ni?!!” AJ menerpa kearah Minwoo. Minwoo mengangkat tangan, seperti orang bersalah.
“aku tak tahu, aku tak sedar. Aku marah sangat tadi….” Minwoo meraup wajahnya, cuba menyedarkan dirinya dari reality.
“kau tak patut  malukan dia sampai macam tu sekali…” kata AJ. “dan aku rasa lebih baik kau pergi dari sini sekarang, sebelum ada apa-apa jadi.”
Minwoo tidak faham makna kata-kata AJ itu. tetapi apabila Minwoo menoleh kebelakang dan melihat mata-mata helang dan garuda yang sedang menanti untuk menerkamnya, segera Minwoo berlari keluar dari kelas itu bagaikan disambar petir.
Memang cari pasal!


ISNIN.
AJ sedang leka mendengar lagu-lagu dari mp3, sambil menari-nari kecil mengikut rentak lagu. Hanya dia keseorangan sahaja didalam studio tarian Sekolah Tinggi Cheung-do, kerana itulah tempat paling strategik baginya dan Minwoo melepak tanpa gangguan sesiapa pada waktu-waktu petang sebegini.
Langkah tariannya yang berkarisma itu menyebabkan Sunny yang curi-curi memerhatikannya terpaku. Patutlah lelaki itu digelar Dancing Machine.
“dah lama ke awak tengok saya?” kataAJ apabila terperasan Sunny berdiri di tepi pintu.
Sunny tersedar. Alamak, malunya apabila ditegur sebegitu! “saya….”
“tak apa..” kata AJ sambil tersenyum manis. Kelakar juga melihat ahli F4 Girls tersipu-sipu malu begitu.
Sunny membisu seketika. Dia tahu AJ dan pelajar lelaki lain lebih berminat pada Yuri kerana bentuk badan dan kecantikannya yang lebih menyerlah. Tetapi, sejak melihat AJ menari dipentas sewaktu upacara perasmian sekolah, Sunny begitu mengaguminya. Tetapi perasaan itu hanya dipendam kerana pasti kawan-kawannya akan menempelaknya. Seperti mana yang dilakukan Yuri ketika di kantin.
“ada apa cari saya?”
“sebenarnya, sejak peristiwa hari tu, Yuri dah malu nak keluar lagi. Dia selalu lepak seorang diri, dan jarang nak bersembang dengan kami. Bila saya tegur dia, dia halau saya. Jadi kalau boleh, saya nak Minwoo dan Yuri selesaikan masalah ni. biar mereka bincang apa yang patut,” kata Sunny, menerangkan tujuan asalnya ke studio tarian ini.
“kalau nak suruh Minwoo jumpa Yuri tu , memang tak ada masalah. Tapi awak rasa masalah ni boleh selesai ke kalau diorang berjumpa? Awak tak takut kalau bila jumpa, masing-masing taknak mengalah, lepas tu tak baik-baik jugak?”
Sunny mengeluh kecil. “itulah masalahnya. Tapi, takkan kita nak biarkan aje. sekurang-kurangnya kita kena jugak cuba. Saya taknak tengok Yuri macam tu.”
AJ tersenyum melihat keprihatinan Sunny pada kawannya. Berbeza dengan Taeyeon dan Seohyun yang langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku keatas Yuri. Sunny lebih bersikap positif dan mengambil berat akan Yuri.
“okey, saya ikut cakap awak.”
Sunny terpana melihat senyuman manis AJ. Omo~~ kenapa dia nampak sangat kacak? Bisik hati Sunny. Tanpa membuang masa, AJ mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Yuri kat mana sekarang?” soal AJ sambil jarinya memicit butang di telefon bimbitnya.
“dia kat bus stop rasanya. Tunggu driver dia jemput balik rumah,” jawab Sunny.
“okey.” AJ mengangguk, dan telefon bimbit itu diletak di telinga. Dia sedang menghubungi seseorang, dan tingkahnya diperhati Sunny.
“hello, Minwoo-ah! Aku kat bus stop ni, datang cepat ke sini! Ini soal hidup dan mati aku. Dengar tak, hidup dan mati!”
“apa dia? AJ??” Suara Minwoo terkejut.
Pantas AJ mematikan talian. Kemudian dia tersengih memandang Sunny. Sunny juga faham dengan apa yang sedang dilakukan oleh AJ ketika itu. Mereka berbalas senyuman.
“AJ! AJ!” jerit Minwoo cemas sambil berlari kearah perhentian bas dihadapan sekolah. Apabila AJ menyebut tentang hidup dan mati, segera dia berlari kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada kawan baiknya. tetapi, AJ tiada di situ. Hanya Yuri seorang sahaja yang sedang menunggu di perhentian bas sekolah.
“Yuri! Awak ada nampak AJ tak?” tanya Minwoo, terlupa yang mereka sangat membenci antara satu sama lain. Dia betul-betul cemas pada ketika itu.
“kalau nak mintak maaf tu, tak payahlah guna nama kawan.”
Minwoo terkesima. Orang tengah risau ni, dia nak buat hal pulak! “awak ni tak berubah langsunglah!” pintas Minwoo.
“kalau nak bandingkan antara kau dan aku, kau yang patut mintak maaf tau tak!” luah Yuri geram. Memikirkan apa yang berlaku pada hari itu, cukup untuk memalukan Yuri dihadapan semua orang. Minwoo menghela nafas. Dia akui, dia memang bersalah kerana memperlakukan Yuri sebegitu.
“baiklah, saya mintak maaf. Saya.. betul-betul minta maaf.”
Yuri mengerling , tidak memandang wajah Minwoo yang sedang ikhlas memohon maaf. “saya tau, saya tak patut malukan awak. tapi masa tu, saya bengang sangat, tak dapat nak kawal kemarahanan say..”
Yuri mendengus kasar. “dahlah itu kiss pertama aku..” katanya perlahan, namun masih dapat didengari Minwoo.
Terus sahaja ketawa besar terhambur di situ juga. Yuri memandangnya pelik, melihat Minwoo yang ketawa sambil menepuk-nepuk perut. “kau ni kenapa?!”
“popular, lawa, goddess laa, Devil Cinderella lah, tapi baru kiss pertama? Awak ni tak pernah bercinta ke? Ha! Ha! Ha! Ha!” Minwoo ketawa bagai nak pecah perut. Memang kelakar kalau perempuan cantik dan popular seperti Yuri tidak pernah bercinta. Itulah, menyombong sangat, sesiapa pun tak berani nak dekat, kata Minwoo.
“orang cantik macam awak ni bukan susah pun nak dapat boyfriend. Cuma, awak kena lebihkan senyuman.. janganlaa asyik nak masam aje,” kata Minwoo, ikhlas.
“kau.. kau rasa aku cantik ke?” tanya Yuri semula.
“dah semua orang kata awak ni cantik, so cantiklah tu.”
Yuri tersenyum tanpa sedar. Tersentak Minwoo melihat senyuman Yuri itu. itulah kali pertama rasanya dia melihat Yuri mengukir senyuman. Manisnya senyuman dia! Puji Minwoo.

AJ dan Sunny yang memerhati dari jauh puas hati melihat suasana yang positif itu. mulanya risau juga apabila melihat mereka begitu. Tetapi, Minwoo tu pun pandai mengayat… getus hati AJ.
Hari demi hari, Minwoo dan Yuri semakin rapat dan selalu berjumpa. Minwoo seronok melihat Yuri menari, dan Yuri juga suka apabila selalu disakat Minwoo. Tanpa disedari, Yuri juga semakin banyak tersenyum, dan itu benar-benar menggembirakan Minwoo.
“nampak Devil dah jatuh cinta kat Minwoo..” keluh AJ, apabila melihat mereka berdua sedang bergaduh berebutkan pudding sekali lagi. Sunny, Seohyun dan Taeyeon yang duduk semeja dengan AJ juga memerhatikan pasangan itu.
“haiii, beli pudding aje, tapi lama sampai berjam-jam..” keluh Taeyeon pula.
“kalau aku tahu, awal-awal aku kiss Yuri..” sambung AJ dengan keluhan berat. Sunny menyiku lengan lelaki itu. AJ tersengih penuh makna. “tak adelaa Sunny….”
“korang ni pun sama..” perli Seohyun.
Sunny dan AJ tersipu-sipu malu. Sama seperti Yuri dan Minwoo yang tersipu-sipu apabila bertentang mata. 
tamat.

No comments:

Post a Comment