Tuesday 13 March 2012

TROUBLEMAKER



                                                  
HYUNA (4MINUTE) sebagai  Yuna
HYUNSEUNG (B2ST) sebagai Sakura
T

             SOO HYUN (4MINUTE) sebagai Hanna

PN. SHIN sedang mengajar subjek matematik didalam kelas yang cuma mempunyai 21 orang pelajar sahaja. Semua pelajar mempunyai telatah tersendiri apabila tiba sahaja kelas matematik. Ada yang menguap besar, ada yang berpura-pura membaca komi sebalik buku teks, ada yang bermain-main dengan pensil, dan ada juga yang sempat berbalas-balas mesej melalui nota kecil.
Pn. Shin sedar akan perkara tu dan banyak kali jugalah dia mengetuk meja dengan pembaris kayu, biar semua orang kembali menumpukan perhatian. Namun, selang beberapa minit, perkara yang sama juga dibuat oleh mereka. Seolah-olah tiada berkesudahan.
“aduh, bila nak habis ni? inilah 6 jam yang paling lama dalam hidup aku!” keluh Yuna , bosan yang teramat sangat didalam kelas ini. sudahlah matematik merupakan subjek yang paling dibencinya, terpaksa pula bertahan selama 2 jam didalam kelas ini.
“baru 20 minit laa,” bisik Hanna.
Yuna menguap lagi. “aku dah tak tahan laa, kang menguap besar-besar kena perli pulakk..”
Puas sudah Yuna memisat-misat mata dan cuba menumpukan perhatian pada nombor dan formula yang ditulis. Namun, apabila mendengar suara Pn. Shin  yang romantic di hadapan, terus sahaja matanya mula kuyu.
Mata Yuna tertancap pada Sakura yang sedang khusyuk menumpukan perhatian pada ajaran Pn. Shin. Tekun sekali lelaki bernama Sakura itu menulis semula nota yang diberi oleh Pn. Shin.
“Hanna..” Yuna menyinggul lengan Hanna yang juga sedang menumpukan perhatian pada Pn. Shin. “ aku nak kacau dia la..”
“kau ni..!”
Yuna terus sahaja mengoyak hujung kertas bukunya dan mula menggumpalnya seperti bola-bola kecil. Idea nakalnya mencurah-curah disaat kebosanan di kelas matematik. Dan lelaki skema dan pendiam yang sedang tekun belajar itu menjadi sasaran Yuna.
Selepas kiraan hingga tiga, Yuna membaling bola kertas kecil itu pada Sakura. Sakura tersentak apabila konsenstrasinya pada nombor di papan putih terganggu. Dia menoleh ke belakang mencari siapa yang melakukannya. Dengan selamba Yuna tersengih dan menggamit tangannya kecil. Sakura hanya mampu mengeluh, dan kembali menumpukan perhatian pada Pn. Shin.
“kau ni selalu buli dia. Dahlah dia tu memang selalu kena ejek sebab nama dia!” Hanna berkata marah dengan tindakan Yuna sebentar tadi.
Yuna kehairanan. “yang kau marah-marah ni kenapa? Macam tak biasa pulak tengok aku buat macam ni..!”
Hanna tidak menjawab, memandang semula papan putih dan mencatit sesuatu. Sekali lagi, Yuna menguap.

SELEPAS tamat kelas, semua pelajar mengemas buku-buku nota dan bersedia untuk pulang. Memang letih mengharungi kelas yang membosankan, dengan keletihan semalam yang belum habis lagi.
Sakura juga sedang mengemas nota-notanya diatas meja. Apabila pelajar lain lalu dihadapannya, pasti akan ada sindiran mengena padanya.
“bunga-bunga Sakura..”
“Sakura.. Sakura.. indahnya Sakura…”
Namun lelaki yang bernama Sakura itu langsung tidak mengendahkannya. Seolah-olah dia tidak mempunyai telinga, dan tidak mendengari apa yang dikatakan mengenainya. Apabila melihatkan sikap Sakura yang pendiam itu, ia membuatkan Yuna semakin suka untuk menyakat dan membulinya.
“hai Sakura!” tegur Yuna, lalu duduk diatas meja Sakura.
Sakura tersentak apabila melihat Yuna duduk diatas meja. Dia tertunduk-tunduk , mengelak dari memandang wajah Yuna. Seperti takutkan perempuan pula!
“oh ya, tadi aku ada nampak kau ada salin nota-nota tadi. Aku nak  nota kau tu boleh?” Selamba sahaja Yuna meminta, dengan senyuman yang penuh makna tersendiri.
Sakura membetulkan kaca matanya , dan mengelak dari menentang wajah Yuna dihadapannya. Dia bersuara perlahan, “awak.. tak salin note ke tadi?”
“eh, dengar apa dia cakap pun aku dah nak lena, inikan pulak nak salin note! Mehlah sini note tu, aku nak pinjam!” pinta Yuna.
Sakura mengeluarkan semula kertas-kertas yang disimpannya tadi didalam beg, tanpa banyak bersuara. Yuna tersenyum melihatnya. Selepas dikeluarkan, diserahkan semua nota itu pada Yuna. Yuna melihat nota-nota itu dan dahinya berkerut.
“apa ni? aku tak faham lah tulisan? Buat lagi sekali note yang lain boleh tak?? Pleaseee…” katanya.
Hanna yang melihat segalanya dari tadi, menggelengkan kepala dan mendekati mereka berdua. “Yuna, janganlah buli dia lagi. Kesian aku tengok dia..” kata Hanna, tidak puas hati melihat Yuna terus mempergunakan Sakura, manakala Sakura pula cuma berdiam diri.
“tak apa, saya buat note yang lain,” kata Sakura akhirnya.
Yuna tersengih lebar. “haa, macam nil ah! Jangan lupa, aku nak sebelum pukul 2 petang ni okey? Hanna, jom makan!” Yuna menarik tangan Hanna, dan mereka berdua beredar dari situ. Hanna mendecit geram.
“Yuna! Kenapa kau ni suka suruh dia buat benda macam-macam?”
“saja, aku seronok..” Hanya itu jawapan Yuna, dan Hanna sangat tidak berpuas hati dengan jawapan itu.


“WAHHH, complete betul! Kalau macam ni, tak payah aku photostate la, aku amik aje note yang ni!”  kata Yuna gembira apabila melihat itu sangat kemas dan lengkap. Sakura masih lagi kelihatan malu dan tidak bercakap.
“thank you! Cutelah kau ni! ha!ha! ha!” puji Yun gembira, kemudian tangannya mencuit pipi Sakura gembira. Sakura tersentak dengan apa yang dilakukan Yuna sebentar tadi. Menggelabah dia jadinya.
Yuna ketawa besar melihat reaksi Sakura. “relakslah wei!”
Sakura tertunduk malu dengan usikan itu. Yuna tersenyum kecil. Dia ni memang pendiam betul lah! Getus hati Yuna. Sebab itulah dia suka menganggu lelaki itu. entah kenapa, dia suka menyakat dan menyuruh Sakura melakukan semua benda untuknya.
“weh, tolong pinjamkan buku ni kat library. Aku malas lah nak kesana..”
“Sakura! Tolong belikan aku makanan, aku lapar laa..”
“Sakura, jadi partner aku!”
Semuanya permintaan Yuna akan ditunaikan oleh Sakura, tanpa banyak soal. Yuna tidak akan berhenti selagi Sakura tidak memberikan respons padanya. Sekurang-kurangnya Sakura mendecit marah pun dikira respons juga.
“kau dah makan belum?” tanya Yuna.
Sakura menggeleng perlahan. Yuna tersenyum manis. “kalau macam tu, jom aku belanja makan. Mama aku dah masukkan duit semalam!”
“ohh, okeyy..”
Mereka berdua berjalan bersama, menuruni tangga untuk ke kafetaria berdekatan. Sepanjang perjalanan Yuna yang kecoh bercerita tentang bagaimana mamanya mengirimkan duit lebih kedalam akaunnya. Sakura pula hanya mendengar sahaja, sedikit pun tidak mencelah.
Entah apa nasib mereka bertembung pula dengan sekumpulan pelajar perempuan yang berlagak seperti diva di kolej ini. bila ternampak sahaja Sakura, sudah pasti ada ejekan yang akan kedengaran.
“girls, rasa tak bunga-bunga Sakura kat sini?”
“mana ada! Aura batang pokok Sakura ada laa.. ha! Ha! Ha! Ha!” Mereka ketawa bersama. Geram betul Yuna apabila mereka mempersendakan nama Sakura.
“hey, mulut tu jangan nak kurang ajar ha! Ada jugak aku tampar sorang-sorang!” tengking Yuna kuat.
“eh, eh.. minah ni lebih-lebih pulak! Pakwe kau ke? Oppss, awek kau k kott.. hahaha!” ejek mereka lagi , dan berjalan pergi dari situ sambil ketawa.
Yuna betul-betul geram. Dia menoleh, memandang Sakura. “kenapa kau tak balas apa yang diorang cakap tu? kenapa kau biarkan aje?!”
Yuna memang cukup geram dengan sesiapa yang mengejek nama Sakura. Ya, dia juga selalu membuli dan menyakat Sakura, tetapi dia tidak pernah mengejek namanya. Tidak pernah sekalipun!
“saya dah biasa dengan ejekan orang kecil lagi. Saya dah tak kisah,” balas Sakura, tenang.
“betul kau tak kisah? Makin kau tak kisah, makin galaklah diorang ejek kau!”
“awak pun buat perkara yang sama kan? Tapi, saya tak kisah pun?”
Yuna terkedu mendengar kata-kata Sakura. Aku juga buat perkara yang sama? detik hati Yuna. Jadi, selama ini Sakura juga menganggap aku ini salah seorang daripada mereka? Aku cuma bergurau, tetapi….
“kau fikir aku pun macam diorang jugak?” soal Yuna, mahukan jawapan yang tepat keluar dari mulut Sakura sendiri. Namun, Sakura hanya membisu.
“wei, cakaplah! Aku ni pun jahat macam diorang jugak ke?” Yuna mendesak Sakura memberikan jawapan.
Sakura menghela nafas kecil. “semua orang di sekeliling saya macam tu. mungkin kalau saya biarkan mereka ejek saya, barulah saya dapat kawan. Macam saya dapat kawan dengan awak dengan biarkan awak buat macam-macam kat saya.”
Yuna tersentap. Nampaknya, Sakura sengaja membiarkan dia membulinya selama ini. Yuna tidak bersuara. Tetapi, dia telah berjanji awal-awal untuk membelanja Sakura makan, dan janji itu harus ditepatinya. Yuna mula merasakan suasana agak kekok. Dia masih lagi memikirkan kata-kata Sakura sebentar tadi.
“jadi, kau pun rasa aku ni jahat macam diorang tulah?” Yuna masih lagi menyoal perkara yang sama. fikirannya masih terganggu.
“aku cuma anggap semua tu gurauan. Aku suka kenakan kau, suka bagi masalah kat kau.. betul lah aku ni pun sama aje macam diorang. Betul cakap kau tu,” kata Yuna perlahan. Menyedari yang dia juga sama seperti mereka yang mempersendakan Sakura. Malah dia mungkin lebih teruk kerana dia selalu mengenakan Sakura, dan menyuruhnya melakukan perkara-perkara yang remeh untuknya.
“emm.. nama saya memang kelakar. Sakura… biasanya nama tu sesuai untuk nama perempuan. Tapi mak saya lahirkan saya pada musim bunga sakura di Tokyo. Jadi, dia beri nama tu pada saya. Saya tak pernah malu dengan nama saya.
      Agaknya, saya pun memang jenis yang pendiam dan tak banyak bercakap, sebab tu orang ingat saya ni mudah kena buli. Macam awak jugak… tapi dengan cara tu jugak, awak semakin rapat dengan saya kan. Bagi saya, awaklah troublemaker yang paling baik pada saya.”
Yuna terkesima juga mendengar ayat yang dituturkan oleh Sakura. Malah, inilah juga kali pertama dia mendengar kata-kata daripada Sakura, yang selama ini sangat pendiam dan tidak banyak bersuara. Kali ini, Sakura pula banyak bercakap. Ianya…. Sangat ganjil!
“aku…aku..” Yuna kehilangan kata-kata.
“oh ya!” Sakura teringat sesuatu.
Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Sepucuk surat berwarna pink diletakkan di hadapan Yuna. Yuna kehairanan melihat sepucuk surat harum itu di hadapannya.
“apa ni?” soal Yuna.
“ini surat yang Hanna bagi saya dua hari lepas. Tolong pulangkan balik surat ni pada dia.”
Yuna tersentak. Surat daripada Hanna? Kepada Sakura? Apa maksudnya semua ini? sejak bila pula Hanna memberikan surat ini kepada Sakura? Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang membuatkan jantungnya berdegup.



SURAT itu ditenungnya lama. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Yuna teringin hendak tahu apakah sis kandungan surat itu. Membuak-buak perasaan dihatinya, sehingga dia tidak berfikir panjang dan terus sahaja membuka lipatan surat itu. apa yang Hanna tulis?

Sakuraji-kun,
Selama ini mungkin awak tak pernah perasankan saya didalam kelas, sebab awak suka belajar dan kurang berkawan. Saya selalu perhatikan awak yang sentiasa tenang walaupun ramai orang suka mempersendakan awak. saya geram sangat pada mereka, tapi saya tak mampu buat apa-apa.
Izinkan saya menjadi teman awak, supaya awak tak lagi rasa keseorangan bila awak memerlukan sokongan dari seseorang.
Saya perlukan jawapan awak. jumpa saya di taman pada 4 petang ini…


Hanna.

Yuna terpana membacanya. Jadi, rupanya Hanna menaruh hati pada Sakura?! Kenapa dia langsung tidak mengetahuinya? Dan serentak dengan itu, tiba-tiba sahaja darahnya terasa panas dan menggelegak. Jantungnya berdetak tak dapat dikawal. Kemarahan menguasainya hatinya. Apakah perasaan ini? Yuna mengetap bibir.
Jadi, adakah mereka akan berjumpa pada pukul 4 petang ini? tidakk! Yuna tidak mahu perkara itu berlaku. Bagaimana kalau Sakura juga menyukai Hanna? Adakah mereka akan menjadi pasangan kekasih?
“aku kena jumpa Hanna!” kata Yuna dan pantas menggerakkan kakinya. Dia tahu dimana Hanna berada sekarang.

“HANNA!”
Hanna mengangkat wajahnya, memandang Yuna yang kelihatan amat bengang. Ketika itu dia sedang menyelesaikan permasalahan matematik.
“ini surat yang kau bagi kat Sakura hari tu!” kata Yuna, lalu meletakkan surat itu diatas meja kasar. Hanna terkesima melihat surat itu.
“kenapa surat ni ada kat kau?” Hanna benar-benar tidak menyangka surat itu ada ditangan Yuna. Dan sudah tentu sekali dia segan apabila Yuna telah mengetahu yang dia pernah memberikan surat pada Sakura.
“macam mana surat ni boleh ada kat aku, tu tak penting. Kenapa kau tak pernah cakap pun aku yang kau suka kat Sakura?”
Hanna pantas berdiri dan merampas surat itu. “hal ni tak ada kaitan dengan kau lah!”
“jadi betul lah kau suka dia? Kau nak pergi jumpa dia kat tamanlah petang ni?”
“kau baca surat aku ke?!”
“ha’ah. So??”
“kau ni memang teruk laa!” bentak Hanna, pantas mengutip bukunya dan beredar dari situ meninggalkan Yuna seorang diri.
Yuna mengetap bibir, menahan geram.
DIA SENDIRI tidak tahu mengapa dia tidak boleh menerima yang Hanna menyukai Sakura. Dia rasa sangat marah dan cemburu. Bermacam-macam andaian yang bermain di mindanya. Adakah kerana dia juga menyukai Sakura? Soal Yuna sendiri.
Dan  kerana itulah, dia tidak sedar pun bila dia berada ditaman ini, untuk mengintip pertemuan antara Hanna dan Sakura. Jantungnya berdebar-debar. Sudah pun pukul 4.30 petang, dan setengah jam dia menunggu di sini. Namun, bayang-bayang mereka pun tidak kelihatan. Mana mereka berdua ni? kata ada pertemuan?
“kau ni memang teruklah!” tiba-tiba suara Hanna bergema di telinganya.
Yuna mengeluh kecil.

KEESOKAN HARINYA, Hanna hanya mendiamkan diri didalam kelas. Mereka duduk sebelah menyebelah tetapi langsung tidak bertegur. Yuna juga kekok mahu memulakan perbualan. Ingin sekali dia bertanya tentang Sakura, atau adakah Hanna tidak mahu lagi berkawan dengannya? Sepanjang 1 jam kelas, Yuna hanya memikirkan ayat-ayat yang paling sesuai untuk menegur Hanna.
Takkanlah dia mahu menunjukkan ego dan menunggu Hanna meminta maaf daripadanya , sedangkan dialah yang bersalah pada awalnya. Tamat sahaja kelas, Yuna terus bersedia untuk menegur Hanna dan meminta maaf.
“err.. Hanna..” Yuna tergagap-gagap ketika mahu menegur kawannya itu. padahal bukan baru sekali dua mereka bertengkar. Tetapi , kali ini pertengkaran mereka berbeza.
“aku dah tau apa kau nak cakap kat aku. Kau nak mintak maaf kan?” Hanna berkata selamba sahaja, sambil mengemas buku-buku diatas meja.
“ha’ah. Baguslah kalau kau dah tahu. Memang aku nak mintak maaf pun. Aku tau, aku tak patut pun baca surat kau semalam. Aku pun mintak maaf sebab tengking kau semalam.. aku tak tahulah apa kena dengan aku semalam.”
“ok, aku dah maafkan kau. Dah sekarang, jom kita makan..” ujar Hanna sambil menggantungkan beg di bahunya. “jom..”
Macam tu aje? Yuna belum berpuas hati. Dia tahu Hanna sengaja mengelak. Hanna jenis yang tidak akan memanjangkan sesuatu perkara, kerana dia bersikap lebih memendamkan perasaannya. Yuna menarik lengan Hanna, perlahan.
“Hanna.. aku betul-betul ni.. aku tak tahu kenapa aku rasa marah bila tahu kau suka Sakura. Semalam pun aku tak tahu kenapa aku pergi taman tu nak intai kau dan Sakura..”
“kau pergi?”
Yuna mengangguk. “tapi, korang berdua tak ada pun..”
Hanna mengeluh kecil. “buat apa nak kesana. Jawapan memang dah jelas,”
Yuna mengerutkan kening tanda tidak faham. Hanna memandang wajah Yuna itu, cuba bertenang. “aku memang suka Sakura sejak dia pindah kat sekolah ni lagi. Jadi, aku sendiri yang serahkan surat tu pada dia……..”


“SURAT ni untuk awak!” kata Hanna penuh gementar ketika dia ingin menyerahkan surat itu pada Sakura di perpustakaan. Sudah lama sebenarnya pun dia menulis surat itu, namun dia tidak berani untuk menyerahkannya. Dan selepas mengumpul keberanian hampir seminggu, akhirnya dia berjaya juga menyerahkan surat itu sendiri kepada orangnya.
Sakura menerima surat itu, walaupun dia tidak menunjukkan riak wajah seperti yang diharapkan Hanna. Dengan selamba, dia membuka dan membaca surat itu dihadapan Hanna. Semakin menggeletar Hanna dibuatnya, kerana dia tahu saat itu juga Sakura akan memberinya jawapan.
Selesai membacanya, Sakura memberikan semula surat itu kepada Hanna. “maaf..”
Hanna benar-benar kecewa. Perasaannya ditolak begitu sahaja. Tentu sekali dia merasa amat malu ketika itu. “saya dah ada orang lain..”
“awak dah suka orang lain? Saya tak percaya.. saya tahu itu cuma alasan awak untuk tolak saya kan,” kata Hanna perlahan, cukup kecewa. Inilah kali pertama dia menyukai seseorang, dan terus ditolak begitu sahaja.
“saya mintak maaf..” Hanya itu yang diucapkan Sakura.
“takpe, saya faham…” Mujur Hanna menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Dia mahu berfikiran positif. “kalau macam tu, kita jadi kawan biasa ajela. Itu pun kalau awak tak kisah..”
Sakura tersenyum nipis. “saya gembira kalau awak nak jadi kawan saya, sebab saya pun memang tak ada kawan..”

“DIA reject kau masa tu jugak? kejamnya dia!” ulas Yuna. Geram pula memikirkan yang Hanna ditolak mentah-mentah.
“takpelah Yuna.. aku okey aje sebenarnya. Tapi, lepas tu aku cakap, dia dah kecewakan aku, so dia kena ‘bayar’ dulu baru kitorang boleh jadi kawan. Aku cuma bergurau aje masa tu, tapi tak sangka dia amik serius. Jadi, aku cakap… “serahkan surat ni semula pada saya, melalui orang yang awak suka tu.”
Yuna kehairanan. Tidak faham makna kata-kata Hanna yang terakhir tu. Hanna menggelengkan kepala, “bebal lah kau ni! maknanya , aku nak dia bagi surat aku tu balik, tapi dia bagi kat orang yang dia suka tu.”
Selepas beberapa ketika, barulah Yuna dapat menangkap maksud kata-kata Hanna. Yuna terlopong apabila berjaya memahaminya. “jadi…!”
“jadi, dia suka kat kau, Yuna.. dan semalam kau dah buktikan yang kau pun suka kat dia. Kalau tak, takkanlah kau marah-marah. Tapi kau pun tahu lah perangai Sakura macam mana, tak ada dia beraninya nak luahkan perasaan kat kau..”
Hanna menepuk bahu Yuna. “fikirlah sendiri..”


YUNA tersenyum-senyum sendiri. Jadi, Sakura sukakan aku? Ha! Ha! Ha! Indahnya perasaan ini! ya, memang benar inilah cinta. Apabila dia terpandang Sakura sedang duduk di dalam kelas seorang diri, menunggu Pn. Shin datang, Yuna tersenyum sendiri. Pantas dia duduk disebelah Sakura.
“mana nota semalam ? aku nak..!” Selamba sahaja Yuna meminta, padahal hatinya penuh dengan bunga-bunga cinta.
“err.. semalam tak ada kelas matematik,” jawab Sakura , sambil serius memerhatikan jadual semalam. Yuna ketawa kecil.
“jangan lupa, hari ni aku nak nota aku. Buat lawa-lawa! Taknak cincai-boncai! Okey?!”
Sakura terpinga-pinga namun dia tetap mengangguk. Yuna tersenyum-senyum dan kembali semula ke tempat duduknya di sebelah Hanna. Hanna hanya menggeleng melihat perangai sahabatnya yang tidak berubah itu.
“kau ni…! memang dilahirkan untuk membuli dia ya?” perli Hanna.
Yuna mengukir senyuman manis, sambil memandang kearah Sakura. “kali ni aku akan ‘ganggu’ dia sampai dia bagi respons… hehehehe..”


No comments:

Post a Comment